Fortaleza Ozama
Fortaleza Ozama

Fortaleza Ozama

Kubu Ozama (Bahasa Sepanyol: Fortaleza Ozama) ialah sebuah benteng yang dibangunkan oleh Sepanyol pada tahun 1502 di pintu masuk Ciudad Colonial Santo Domingo yang kini merupakan ibu kota Republik Dominika. Benteng ini menghadap Sungai Ozama dan dinamakan sempena sungai tersebut. Benteng ini dinyatakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama dengan monumen-monumen bersejarah lain di Ciudad Colonial.Kubu ini diakui sebagai struktur kubu tertua buatan Eropah di Benua Amerika.[1] Benteng ini dibangunkan pada tahun 1502-1508.[2]